Amalan-amalan akan dibawakan pada hari kiamat

TEKS BAHASA ARAB

تجيء – وفي لفظ: تعرض – الأعمال يوم القيامة، فتجيء الصلاة فتقول: يارب! أنا الصلاة. فيقول: إنك على خير. فتجيء الصدقة فتقول: يارب! أنا الصدقة. فيقول: إنك على خير. ثم يجيء الصيام فيقول: أي رب! أنا الصيام. فيقول: إنك على خير. ثم تجيء الأعمال على ذلك، فيقول الله عز وجل: إنك على خير. ثم يجيء الإسلام فيقول: يارب! أنت السلام، وأنا الإسلام. فيقول الله عز وجل: إنك على خير، بك اليوم آخذ، وبك أعطي. قال الله عز وجل في كتابه: {ومن يبتغ غير الإسلام دينا فلن يقبل منه، وهو في الآخرة من الخاسرين}.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Amalan-amalan akan dibawakan – dalam riwayat lain: akan dibentangkan – pada hari kiamat, lalu solat pun datang, ia berkata: Wahai Tuhan! Aku adalah solat. Allah berfirman: Sesungguhnya kamu berada di atas kebaikan. Lalu sedekah pun datang dan berkata: Wahai Tuhan! Aku adalah sedekah. Allah berfirman: Sesungguhnya kamu berada di atas kebaikan. laalu puasa pun datang berkata: Wahai Tuhan! Aku adalah puasa, Allah berfirman:Sesungguhnya kamu di atas kebaikan. Kemudian amalan-amalan lain akan dibawakan untuk tujuan tersebut, lalu Allah SWT berfirman: Sesungguhnya kamu di atas kebaikan. Kemudian Islam akan dibawa, lalu ia berkata: Wahai Tuhan! Engkau adalah al-Salam dan aku adalah Islam. Lalu Allah SWT akan berfirman: Sesungguhnya kamu di atas kebaikan. Hari ini, kerana engkau Aku hukum dan kerana engkau Aku berikan (nikmat). Allah SWT berfirman dalam Kitab-Nya: {Dan sesiapa yang mencari selain Islam sebagai agama, maka tidak akan diterima daripadanya dan di akhirat dia termasuk dalam kalangan orang-orang yang rugi} (Surah Ali Imran, ayat 85).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1366 – 1367, hadis nombor 6965. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: تجيء – وفي لفظ: تعرض – الأعمال يوم القيامة، فتجيء الصلاة فتقول: يارب! أنا الصلاة. فيقول: إنك على خيرٍ. فتجيء الصدقة فتقول: يارب! أنا الصدقة. فيقول: إنك على خيرٍ. ثم يجيء الصيام فيقول: أي رب! أنا الصيام. فيقول: إنك على خير. ثم تجيء الأعمال على ذلك، فيقول الله عز وجل: إنك على خير. ثم يجيء الإسلام فيقول: يارب! أنت السلام، وأنا الإسلام. فيقول الله عز وجل: إنك على خير، بك اليوم آخذ، وبك أعطي. قال الله عز وجل في كتابه: {ومن يبتغ غير الإسلام ديناً فلن يقبل منه، وهو في الآخرة من الخاسرين}.
[حم، ع، طس، ((الضعيفة)) (5780)]

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Amalan-amalan akan dibawakan – dalam riwayat lain: akan dibentangkan – pada hari kiamat, lalu solat pun datang, ia berkata: Wahai Tuhan! Aku adalah solat. Allah berfirman: Sesungguhnya kamu berada di atas kebaikan. Lalu sedekah pun datang dan berkata: Wahai Tuhan! Aku adalah sedekah. Allah berfirman: Sesungguhnya kamu berada di atas kebaikan. laalu puasa pun datang berkata: Wahai Tuhan! Aku adalah puasa, Allah berfirman:Sesungguhnya kamu di atas kebaikan. Kemudian amalan-amalan lain akan dibawakan untuk tujuan tersebut, lalu Allah SWT berfirman: Sesungguhnya kamu di atas kebaikan. Kemudian Islam akan dibawa, lalu ia berkata: Wahai Tuhan! Engkau adalah al-Salam dan aku adalah Islam. Lalu Allah SWT akan berfirman: Sesungguhnya kamu di atas kebaikan. Hari ini, kerana engkau Aku hukum dan kerana engkau Aku berikan (nikmat). Allah SWT berfirman dalam Kitab-Nya: {Dan sesiapa yang mencari selain Islam sebagai agama, maka tidak akan diterima daripadanya dan di akhirat dia termasuk dalam kalangan orang-orang yang rugi} (Surah Ali Imran, ayat 85).
[Riwayat Ahmad dalam al-Musnad, Abu Ya'la dalam al-Musnad dan al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5780]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs