Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
تجيءُ - وفي لفظٍ تُعرَضُ الأعمالُ يومَ القيامةِ ، فتجيءُ الصَّلاةُ، فتقولُ: يا ربِّ، أَنا الصَّلاةُ، فيقولُ: إنَّكِ على خيرٍ، فتجيءُ الصَّدقةُ، فتقولُ: يا ربِّ، أَنا الصَّدقةُ، فيقولُ: إنَّكِ على خيرٍ، ثمَّ يجيءُ الصِّيامُ، فيقولُ: يا ربِّ، أَنا الصِّيامُ، فيقولُ: إنَّكَ علَى خيرٍ، ثمَّ تجيءُ الأَعمالُ على ذلِكَ، فيقولُ اللَّهُ عزَّ وجلَّ: إنَّكِ علَى خيرٍ، ثمَّ يجيءُ الإسلامُ، فيقولُ: يا ربِّ، أنتَ السَّلامُ، وإنا الإسلامُ، فيقولُ اللَّهُ عزَّ وجلَّ: إنَّكَ علَى خيرٍ، بِكَ اليومَ آخذُ، وبِكَ أعطي، قالَ اللَّهُ عزَّ وجلَّ في كتابِهِ: وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ.
Teks Bahasa Melayu
Amalan-amalan akan dibawakan – dalam riwayat lain: akan dibentangkan – pada hari kiamat, lalu solat pun datang, ia berkata: Wahai Tuhan! Aku adalah solat. Allah berfirman: Sesungguhnya kamu berada di atas kebaikan. Lalu sedekah pun datang dan berkata: Wahai Tuhan! Aku adalah sedekah. Allah berfirman: Sesungguhnya kamu berada di atas kebaikan. laalu puasa pun datang berkata: Wahai Tuhan! Aku adalah puasa, Allah berfirman:Sesungguhnya kamu di atas kebaikan. Kemudian amalan-amalan lain akan dibawakan untuk tujuan tersebut, lalu Allah SWT berfirman: Sesungguhnya kamu di atas kebaikan. Kemudian Islam akan dibawa, lalu ia berkata: Wahai Tuhan! Engkau adalah al-Salam dan aku adalah Islam. Lalu Allah SWT akan berfirman: Sesungguhnya kamu di atas kebaikan. Hari ini, kerana engkau Aku hukum dan kerana engkau Aku berikan (nikmat). Allah SWT berfirman dalam Kitab-Nya: {Dan sesiapa yang mencari selain Islam sebagai agama, maka tidak akan diterima daripadanya dan di akhirat dia termasuk dalam kalangan orang-orang yang rugi} (Surah Ali Imran, ayat 85).
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1366 - 1367, hadis no. 6965. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: تجيء - وفي لفظ: تعرض - الأعمال يوم القيامة، فتجيء الصلاة فتقول: يارب! أنا الصلاة. فيقول: إنك على خيرٍ. فتجيء الصدقة فتقول: يارب! أنا الصدقة. فيقول: إنك على خيرٍ. ثم يجيء الصيام فيقول: أي رب! أنا الصيام. فيقول: إنك على خير. ثم تجيء الأعمال على ذلك، فيقول الله عز وجل: إنك على خير. ثم يجيء الإسلام فيقول: يارب! أنت السلام، وأنا الإسلام. فيقول الله عز وجل: إنك على خير، بك اليوم آخذ، وبك أعطي. قال الله عز وجل في كتابه: {ومن يبتغ غير الإسلام ديناً فلن يقبل منه، وهو في الآخرة من الخاسرين}. [حم، ع، طس، ((الضعيفة)) (5780)]
(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Amalan-amalan akan dibawakan – dalam riwayat lain: akan dibentangkan – pada hari kiamat, lalu solat pun datang, ia berkata: Wahai Tuhan! Aku adalah solat. Allah berfirman: Sesungguhnya kamu berada di atas kebaikan. Lalu sedekah pun datang dan berkata: Wahai Tuhan! Aku adalah sedekah. Allah berfirman: Sesungguhnya kamu berada di atas kebaikan. laalu puasa pun datang berkata: Wahai Tuhan! Aku adalah puasa, Allah berfirman:Sesungguhnya kamu di atas kebaikan. Kemudian amalan-amalan lain akan dibawakan untuk tujuan tersebut, lalu Allah SWT berfirman: Sesungguhnya kamu di atas kebaikan. Kemudian Islam akan dibawa, lalu ia berkata: Wahai Tuhan! Engkau adalah al-Salam dan aku adalah Islam. Lalu Allah SWT akan berfirman: Sesungguhnya kamu di atas kebaikan. Hari ini, kerana engkau Aku hukum dan kerana engkau Aku berikan (nikmat). Allah SWT berfirman dalam Kitab-Nya: {Dan sesiapa yang mencari selain Islam sebagai agama, maka tidak akan diterima daripadanya dan di akhirat dia termasuk dalam kalangan orang-orang yang rugi} (Surah Ali Imran, ayat 85). [Riwayat Ahmad dalam al-Musnad, Abu Ya'la dalam al-Musnad dan al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5780]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman