Amalan akan dibentangkan pada hari Isnin dan Khamis

TEKS BAHASA ARAB

تعرض الأعمال يوم الاثنين والخميس، فمن مستغفر يغفر له، ومن تائب يتاب عليه، ويرد أهل الضغائن [بضغائنهم] حتى يتوبوا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Amalan akan dibentangkan pada hari Isnin dan Khamis. Maka orang yang meminta pengampunan akan diampunkan dan orang yang bertaubat akan diterima taubatnya. Orang yang berdendam pula akan ditolak (pengampunan) sehingga mereka bertaubat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1956, hadis nombor 9792. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن جابر -رضي الله عنه- مرفوعاً: تعرض الأعمال يوم الاثنين والخميس، فمن مستغفر يغفر له، ومن تائب يتاب عليه، ويرد أهل الضغائن [بضغائنهم] حتى يتوبوا.
[طب، ((الضعيفة)) (6825)]

(Lemah)
Daripada Jabir RA, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda: Amalan akan dibentangkan pada hari Isnin dan Khamis. Maka orang yang meminta pengampunan akan diampunkan dan orang yang bertaubat akan diterima taubatnya. Orang yang berdendam pula akan ditolak (pengampunan) sehingga mereka bertaubat.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsat. Lihat silsilah al-Da‘ifah, no. 6825]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs