Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
تُعرض الأعمالُ يومَ الاثنين ويومَ الخميس على الله، وتُعرض على الأنبياء، وعلى الآباء والأمهات يوم الجمعة، فيفرحون بحسناتهم وتزداد وجوههم بياضًا وإشراقًا، فاتقوا الله، ولا تؤذوا أمواتكم.
Teks Bahasa Melayu
Amalan-amalan akan dibentangkan pada hari Isnin dan hari Khamis kepada Allah dan ditunjukkan kepada para nabi, dan kepada para ibu dan bapa pada hari Jumaat. Lalu mereka bergembira dengan amalan kebaikan mereka dan wajah mereka bertambah putih dan bersinar. Oleh itu bertaqwalah kepada Allah dan janganlah menyakiti orang-orang yang telah mati di antara kalian.
Sahabat Perawi
- Sa'id al-Shami
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1723, hadis no. 8662. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن سعيد الشامي قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ((تعرض الأعمال يوم الاثنين ويوم الخميس على الله، وتعرض على الأنبياء، وعلى الآباء والأمهات يوم الجمعة، فيفرحون بحسناتهم وتزداد وجوههم بياضا وإشراقا، فاتقوا الله، ولا تؤذوا أمواتكم.)) [الحكيم، ((الضعيفة)) (1480)].
(Palsu) Daripada Sa'id al-Shami beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: ((Amalan-amalan akan dibentangkan pada hari Isnin dan hari Khamis kepada Allah dan ditunjukkan kepada para nabi, dan kepada para ibu dan bapa pada hari Jumaat. Lalu mereka bergembira dengan amalan kebaikan mereka dan wajah mereka bertambah putih dan bersinar. Oleh itu bertaqwalah kepada Allah dan janganlah menyakiti orang-orang yang telah mati di antara kalian.)) [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 1480].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman