TEKS BAHASA ARAB
عمل الجنة الصدق، وإذا صدق العبد بر، وإذا بر آمن، وإذا آمن دخل الجنة، وعمل النار الكذب، وإذا كذب فجر، وإذا فجر كفر، وإذا كفر دخل، يعني: النار.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Amalan syurga adalah bersikap jujur. Apabila seorang hamba bersikap jujur dia akan menjadi baik. Apabila dia baik dia akan beriman, dan apabila dia beriman dia akan masuk ke dalam syurga. Amalan neraka pula adalah berbohong. Apabila seseorang itu berbohong dia akan menjadi jahat, dan apabila dia menjadi jahat dia akan kufur. Dan apabila dia kufur dia akan masuk. Iaitu: Ke dalam neraka.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 74, hadis nombor 354. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله بن عمرو- رضي الله عنهما – أن رجلاً جاء إلى النبي – صلى الله عليه وسلم – فقال: يا رسول الله: ما عمل الجنة؟ قال: ((عمل الجنة الصدق، وإذا صدق العبد بر، وإذا بر آمن، وإذا آمن دخل الجنة، وعمل النار الكذب، وإذا كذب فجر، وإذا فجر كفر، وإذا كفر دخل، يعني: النار)). [حم، ((الضعيفة)) (4153)].
(Lemah)
Daripada Abdullah bin Amru RA: Seorang lelaki telah datang kepada Nabi SAW lalu berkata: Wahai Rasulullah, apakah amalan syurga? Lalu Baginda S.A.W menjawab: ((Amalan syurga adalah bersikap jujur. Apabila seorang hamba bersikap jujur dia akan menjadi baik. Apabila dia baik dia akan beriman, dan apabila dia beriman dia akan masuk ke dalam syurga. Amalan neraka pula adalah berbohong. Apabila seseorang itu berbohong dia akan menjadi jahat, dan apabila dia menjadi jahat dia akan kufur. Dan apabila dia kufur dia akan masuk. Iaitu: Ke dalam neraka)).
[Riwayat Aḥmad bin Ḥanbal dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4153].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.