Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Amalan ada tujuh jenis

Teks Bahasa Arab

الأعمال سبعة: عملان موجبان، وعملان بأمثالهما، وعمل بعشرة أمثاله، وعمل بسبع مئة ضعف، وعمل لا يعلم ثواب عامله إلا الله: فأما الموجبان؛ فمن لقي الله عز وجل [يعبده] لا يشرك به شيئاً؛ وجبت له الجنة، ومن لقي الله يشرك به شيئاً وجبت له النار. ومن عمل سيئة؛ جزي بها، ومن أراد أن يعمل حسنة فلم يعملها؛ جزي مثلها. ومن عمل حسنة؛ جزي عشراً. ومن أنفق ماله في سبيل الله؛ ضعفت له نفقته: الدرهم بسبع مئة، والدينار بسبع مئة. والصيام لا يعلم ثواب عامله إلا الله عز وجل.

Teks Bahasa Melayu

Amalan ada 7 (jenis): Dua amalan wajib baginya balasan, dua amalan dengan ganjaran yang sama, satu amalan dengan 10 kali ganda (ganjarannya), satu amalan dengan 100 kali ganda. Dua amalan wajib baginya balasan; bagi mereka yang bertemu Allah dalam keadaan (menyembah-Nya) tidak menyekutukan-Nya, maka wajib baginya syurga, dan barangsiapa bertemu Allah dalam keadaan menyekutukan-Nya, maka wajib baginya neraka. Dan barang siapa yang berbuat keburukan, maka akan mendapatkan balasan yang sama, dan barangsiapa yang ingin melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya, maka diberikan balasan (kebaikan) yang sama. Dan barang siapa yang buat satu kebaikan, diganjarkan 10 kali ganda. Dan barangsiapa yang mengeluarkan hartanya di jalan Allah, digandakan apa yang dikeluarkannya: satu dirham digandakan 700 kali ganda, dan satu dinar digandakan 700 kali ganda. Dan ganjaran bagi puasa, tidak ada yang mengetahui pahalanya melainkan Allah SWT.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 505, hadis no. 2694.

(ضعيف جدا) عن ابن عمر -رضي الله عنهما- مرفوعا: الأعمال سبعة: عملان موجباني، وعملان بأمثالها، وعمل بعشرة أمثاله، وعمل بسبع مئة ضعف، وعمل لا يعلم ثواب عامله إلا الله: فأما الموجبان؛ فمن لقي الله عز وجل – [يعبده] لا يشرك به شيئا؛ وجبت له الجنة، ومن لقي الله يشرك به شيئا وجبت له النار. ومن عمل سيئة؛ جزي بها، ومن أراد أن يعمل حسنة فلم يعملها؛ جزي مثلها. ومن عمل حسنة؛ جزي عشرة. ومن أنفق ماله في سبيل الله؛ ضعفت له نفقته: الدرهم بسبع مئة، والدينار بسبع مئة. والصيام لا يعلم ثواب عامله إلا الله –عز وجل -. [طس، هب، «الضعيفة» (5187)]

(Sangat Lemah) Daripada Ibnu Umar RA secara marfu' (yang disandarkan kepada Rasululllah ﷺ): Amalan ada 7 (jenis): Dua amalan wajib baginya balasan, dua amalan dengan ganjaran yang sama, satu amalan dengan 10 kali ganda (ganjarannya), satu amalan dengan 100 kali ganda. Dua amalan wajib baginya balasan; bagi mereka yang bertemu Allah dalam keadaan (menyembah-Nya) tidak menyekutukan-Nya, maka wajib baginya syurga, dan barangsiapa bertemu Allah dalam keadaan menyekutukan-Nya, maka wajib baginya neraka. Dan barang siapa yang berbuat keburukan, maka akan mendapatkan balasan yang sama, dan barangsiapa yang ingin melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya, maka diberikan balasan (kebaikan) yang sama. Dan barang siapa yang buat satu kebaikan, diganjarkan 10 kali ganda. Dan barangsiapa yang mengeluarkan hartanya di jalan Allah, digandakan apa yang dikeluarkannya: satu dirham digandakan 700 kali ganda, dan satu dinar digandakan 700 kali ganda. Dan ganjaran bagi puasa, tidak ada yang mengetahui pahalanya melainkan Allah SWT. [Disebutkan oleh al-Tabarani dalam Kitab al-Mu‘jam al-Awsat, al-Bayhaqi dalam Kitab Shu‘ab al-Iman, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5187]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.