Allah yang menghidupkan dan mematikan

TEKS BAHASA ARAB

الله الذي يحيي ويميت وهو حي لا يموت، اغفر لأمي فاطمة بنت أسد ولقنها حجتها ووسع عليها مدخلها، بحق نبيك والأنبياء الذين من قبلي فإنك أرحم الراحمين…

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah yang menghidupkan dan mematikan. Dialah yang Maha Hidup lagi tidak mati. Ampunilah ibuku, Fatimah binti Asad, bimbinglah hujjahnya, luaskanlah tempat masuknya dengan kebenaran Nabi-Mu dan para Nabi sebelumku, kerana sesungguhnya Engkau yang Teramat Pengasih.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1401 – 1402, hadis nombor 7101. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أنس بن مالك رضي الله عنه، قال: لما ماتت فاطمة بنت أسد بن هاشم أم علي رضي الله عنهما … دعا أسامه بن زيد وأبا أيوب الأنصاري وعمر بن الخطاب وغلاما أسود يحفرون … فلما فرغ، دخل رسول الله ﷺ فاضطجع فيه فقال: الله الذي يحيي ويميت وهو حي لا يموت، اغفر لأمي فاطمة بنت أسد ولقنها حجتها ووسع عليها مدخلها، بحق نبيك والأنبياء الذين من قبلي فإنك أرحم الراحمين…
[طب، طس، حل، ((الضعيفة)) (23)]

(Lemah)
Daripada Anas bin Malik RA, katanya: Ketika Fatimah binti Asad bin Hashim, ibu kepada ‘Ali RA meninggal dunia, Baginda menyuruh Usamah bin Zaid, Abu Ayyub al-Ansari, ‘Umar bin al-Khattab dan seorang hamba berkulit hitam untuk menggali kubur, setelah selesai Rasulullah SAW pun masuk, lantas Baginda berbaring di atas sisi badan Baginda di dalamnya lalu berkata: Allah yang menghidupkan dan mematikan. Dialah yang Maha Hidup lagi tidak mati. Ampunilah ibuku, Fatimah binti Asad, bimbinglah hujjahnya, luaskanlah tempat masuknya dengan kebenaran Nabi-Mu dan para Nabi sebelumku, kerana sesungguhnya Engkau yang Teramat Pengasih.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat dan Abu Nu’aim dalam Hilyah al-Awliya’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 23]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.