Allah tumbuhkan sayap bagi sekumpulan umat untuk membolehkan mereka terbang daripada kubur mereka ke syurga

TEKS BAHASA ARAB

إذا كان يوم القيامة أنبت الله لطائفة من أمتي أجنحة فيطيرون من قبورهم إلى الجنان، يسرحون فيها ويتنعمون فيها كيف شاءوا، فتقول لهم الملائكة: هل رأيتم الحساب؟ فيقولون: ما رأينا حسابا. فتقول لهم: هل جزتم الصراط؟ فيقولون: ما رأينا صراطا. فتقول لهم: هل رأيتم جهنم؟ فيقولون: ما رأينا شيئا. فتقول لهم الملائكة: من أمة من أنتم؟ فيقولون: من أمة محمد صلى الله عليه وسلم. فتقول: ناشدناكم الله حدثونا ما كانت أعمالكم في الدنيا؟ فيقولون: خصلتان كانتا فينا فبلغنا هذه المنزلة بفضل رحمة الله. فيقولون: وما هما؟ فيقولون: كنا إذا خلونا نستحي أن نعصيه، ونرضى باليسير مما قسم لنا، فتقول الملائكة: يحق لكم هذا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila tibanya hari kiamat, Allah tumbuhkan untuk sebuah kumpulan dalam kalangan umatku sayap-sayap yang membolehkan mereka terbang daripada kubur-kubur mereka ke syurga, mereka boleh pergi dan menikmati dalam syurga sebagaimana yang mereka mahukan. Para malaikat berkata kepada mereka: Adakah kamu telah melihat hisab? Mereka menjawab: Kami tidak melihat hisab. Malaikat berkata kepada mereka: Adakah kamu telah melepasi titian sirat? Mereka menjawab: Kami tidak melihat pun titian sirat? Lalu malaikat bertanya lagi kepada mereka: Adakah kamu telah melihat neraka jahanam? Mereka menjawab: Kami tidak melihat apa-apa pun. Malaikat pun bertanya kepada mereka: Kamu daripada umat siapa? Mereka menjawab: Daripada umat Muhammad SAW. Malaikat berkata: Kami meminta kepadamu kerana Allah, agar kamu ceritakan kepada kami amalan-amalan yang telah kamu lakukan di dunia? Mereka menjawab: Ada dua perkara yang pernah kami lakukan hingga kami mencapai kedudukan ini dengan kurniaan rahmat Allah. Malaikat bertanya: Apakah dua perkara itu? Mereka menceritakan: Dulu kami ketika bersendirian, kami malu untuk menderhakai-Nya dan kami reda dengan sedikit daripada apa jua yang telah dibahagikan buat kami. Lalu malaikat berkata: Kelebihan ini memang berhak untuk kamu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1305 – 1306, hadis nombor 6669. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أنس رضي الله عنه، مرفوعا: إذا كان يوم القيامة أنبت الله لطائفة من أمتي أجنحة فيطيرون من قبورهم إلى الجنان، يسرحون فيها ويتنعمون فيها كيف شاءوا، فتقول لهم الملائكة: هل رأيتم الحساب؟ فيقولون: ما رأينا حسابا. فتقول لهم: هل جزتم الصراط؟ فيقولون: ما رأينا صراطا. فتقول لهم: هل رأيتم جهنم؟ فيقولون: ما رأينا شيئا. فتقول لهم الملائكة: من أمة من أنتم؟ فيقولون: من أمة محمد صلى الله عليه وسلم. فتقول: ناشدناكم الله حدثونا ما كانت أعمالكم في الدنيا؟ فيقولون: خصلتان كانتا فينا فبلغنا هذه المنزلة بفضل رحمة الله. فيقولون: وما هما؟ فيقولون: كنا إذا خلونا نستحي أن نعصيه، ونرضى باليسير مما قسم لنا، فتقول الملائكة: يحق لكم هذا.
[ابن حبان في ((الضعفاء))، ((الضعيفة)) (507)].

(Palsu)
Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila tibanya hari kiamat, Allah tumbuhkan untuk sebuah kumpulan dalam kalangan umatku sayap-sayap yang membolehkan mereka terbang daripada kubur-kubur mereka ke syurga, mereka boleh pergi dan menikmati dalam syurga sebagaimana yang mereka mahukan. Para malaikat berkata kepada mereka: Adakah kamu telah melihat hisab? Mereka menjawab: Kami tidak melihat hisab. Malaikat berkata kepada mereka: Adakah kamu telah melepasi titian sirat? Mereka menjawab: Kami tidak melihat pun titian sirat? Lalu malaikat bertanya lagi kepada mereka: Adakah kamu telah melihat neraka jahanam? Mereka menjawab: Kami tidak melihat apa-apa pun. Malaikat pun bertanya kepada mereka: Kamu daripada umat siapa? Mereka menjawab: Daripada umat Muhammad SAW. Malaikat berkata: Kami meminta kepadamu kerana Allah, agar kamu ceritakan kepada kami amalan-amalan yang telah kamu lakukan di dunia? Mereka menjawab: Ada dua perkara yang pernah kami lakukan hingga kami mencapai kedudukan ini dengan kurniaan rahmat Allah. Malaikat bertanya: Apakah dua perkara itu? Mereka menceritakan: Dulu kami ketika bersendirian, kami malu untuk menderhakai-Nya dan kami reda dengan sedikit daripada apa jua yang telah dibahagikan buat kami. Lalu malaikat berkata: Kelebihan ini memang berhak untuk kamu.
[Riwayat Ibn Hibban dalam al-Du'afa`. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 507].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.