Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِذَا كَانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ أَنْبَتَ اللّهُ لِطَائِفَةٍ مِنْ أُمَّتِي أَجْنِحَةً فَيُطِيرُونَ مِنْ قُبُورِهِم إِلَى الْجِنَانِ، يَسْرَحُونَ فِيهَا وَيَتَنَعَّمُونَ فِيهَا كَيْفَ شَاءُوا، فَتَقُولُ لَهُمُ الْمَلَائِكَةُ: هَلْ رَأَيْتُمْ الْحِسَابَ؟ فَيَقُولُونَ: مَا رَأَيْنَا حِسَابًا: فَتَقُولُ لَهُمْ: هَلْ جُزْتُمُ الصِّرَاطَ؟ فَيَقُولُونَ: مَا رَأَيْنَا صِرَاطًا. فَتَقُولُ لَهُمْ: هَلْ رَأَيْتُمْ جَهَنَّمَ؟ فَيَقُولُونَ: مَا رَأَيْنَا شَيْئًا. فَتَقُولُ لَهُمُ الْمَلَائِكَةُ: مِنْ أُمَّةِ مَنْ أَنْتُمْ؟ فَيَقُولُونَ: مِنْ أُمَّةِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَتَقُولُ: نَاشَدْنَاكُمُ اللَّهَ حَدِّثُونَا مَا كَانَتْ أَعْمَالُكُمْ فِي الدُّنْيَا؟ فَيَقُولُونَ: خَصْلَتَانِ كَانَتَا فِينَا فَبَلَغْنَا هَذِهِ الْمَنْزِلَةَ بِفَضْلِ رَحْمَةِ اللَّهِ. فَيَقُولُونَ: وَمَا هُمَا؟ فَيَقُولُونَ: كُنَّا إِذَا خَلَوْنَا نَسْتَحْيِ أَنْ نُعْصِيَهُ، وَنَرْضَى بِالْيَسِيرِ مِمَّا قَسَّمَ لَنَا، فَتَقُولُ الْمَلَائِكَةُ: يَحِقُ لَكُمْ هَذَا.
Teks Bahasa Melayu
Apabila tibanya hari kiamat, Allah tumbuhkan untuk sebuah kumpulan dalam kalangan umatku sayap-sayap yang membolehkan mereka terbang daripada kubur-kubur mereka ke syurga, mereka boleh pergi dan menikmati dalam syurga sebagaimana yang mereka mahukan. Para malaikat berkata kepada mereka: Adakah kamu telah melihat hisab? Mereka menjawab: Kami tidak melihat hisab. Malaikat berkata kepada mereka: Adakah kamu telah melepasi titian sirat? Mereka menjawab: Kami tidak melihat pun titian sirat? Lalu malaikat bertanya lagi kepada mereka: Adakah kamu telah melihat neraka jahanam? Mereka menjawab: Kami tidak melihat apa-apa pun. Malaikat pun bertanya kepada mereka: Kamu daripada umat siapa? Mereka menjawab: Daripada umat Muhammad SAW. Malaikat berkata: Kami meminta kepadamu kerana Allah, agar kamu ceritakan kepada kami amalan-amalan yang telah kamu lakukan di dunia? Mereka menjawab: Ada dua perkara yang pernah kami lakukan hingga kami mencapai kedudukan ini dengan kurniaan rahmat Allah. Malaikat bertanya: Apakah dua perkara itu? Mereka menceritakan: Dulu kami ketika bersendirian, kami malu untuk menderhakai-Nya dan kami reda dengan sedikit daripada apa jua yang telah dibahagikan buat kami. Lalu malaikat berkata: Kelebihan ini memang berhak untuk kamu.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1305 - 1306, hadis no. 6669. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس رضي الله عنه، مرفوعا: إذا كان يوم القيامة أنبت الله لطائفة من أمتي أجنحة فيطيرون من قبورهم إلى الجنان، يسرحون فيها ويتنعمون فيها كيف شاءوا، فتقول لهم الملائكة: هل رأيتم الحساب؟ فيقولون: ما رأينا حسابا. فتقول لهم: هل جزتم الصراط؟ فيقولون: ما رأينا صراطا. فتقول لهم: هل رأيتم جهنم؟ فيقولون: ما رأينا شيئا. فتقول لهم الملائكة: من أمة من أنتم؟ فيقولون: من أمة محمد صلى الله عليه وسلم. فتقول: ناشدناكم الله حدثونا ما كانت أعمالكم في الدنيا؟ فيقولون: خصلتان كانتا فينا فبلغنا هذه المنزلة بفضل رحمة الله. فيقولون: وما هما؟ فيقولون: كنا إذا خلونا نستحي أن نعصيه، ونرضى باليسير مما قسم لنا، فتقول الملائكة: يحق لكم هذا. [ابن حبان في ((الضعفاء))، ((الضعيفة)) (507)].
(Palsu) Daripada Anas RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila tibanya hari kiamat, Allah tumbuhkan untuk sebuah kumpulan dalam kalangan umatku sayap-sayap yang membolehkan mereka terbang daripada kubur-kubur mereka ke syurga, mereka boleh pergi dan menikmati dalam syurga sebagaimana yang mereka mahukan. Para malaikat berkata kepada mereka: Adakah kamu telah melihat hisab? Mereka menjawab: Kami tidak melihat hisab. Malaikat berkata kepada mereka: Adakah kamu telah melepasi titian sirat? Mereka menjawab: Kami tidak melihat pun titian sirat? Lalu malaikat bertanya lagi kepada mereka: Adakah kamu telah melihat neraka jahanam? Mereka menjawab: Kami tidak melihat apa-apa pun. Malaikat pun bertanya kepada mereka: Kamu daripada umat siapa? Mereka menjawab: Daripada umat Muhammad SAW. Malaikat berkata: Kami meminta kepadamu kerana Allah, agar kamu ceritakan kepada kami amalan-amalan yang telah kamu lakukan di dunia? Mereka menjawab: Ada dua perkara yang pernah kami lakukan hingga kami mencapai kedudukan ini dengan kurniaan rahmat Allah. Malaikat bertanya: Apakah dua perkara itu? Mereka menceritakan: Dulu kami ketika bersendirian, kami malu untuk menderhakai-Nya dan kami reda dengan sedikit daripada apa jua yang telah dibahagikan buat kami. Lalu malaikat berkata: Kelebihan ini memang berhak untuk kamu. [Riwayat Ibn Hibban dalam al-Du'afa`. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 507].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman