Allah tuliskan untuknya pahala membebaskan 14 orang dalam kalangan anak Isma’il

TEKS BAHASA ARAB

من توضأ فأسبغ الوضوء، ثم أتى الركن ليستلمه؛ خاض في الرحمة، فإذا استلمه فقال: بسم الله والله أكبر، أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن محمداً عبده ورسوله؛ غمرته الرحمة، فإذا طاف بالبيت؛ كتب الله له بكل قدم سبعين ألف حسنة، وحط عنه سبعين ألف سيئة، ورفع له سبعين ألف درجة، وشفع في سبعين من أهل بيته، فإذا أتى مقام إبراهيم، فصلى عنده ركعتين إيماناً واحتساباً؛ كتب الله له عتق أربعة عشر محرراً من ولد إسماعيل، وخرج من ذنوبه كيوم ولدته أمه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang berwuduk lalu menyempurnakan wuduk, kemudian dia mendatangi rukun (bucu Ka’bah) untuk melakukan istilam (menyentuh dan mengucup Hajar Aswad), dia bergelumang dalam rahmat. Apabila dia melakukan istilam lalu dia membaca: ‘Dengan nama Allah! Allah Maha Besar! Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang layak disembah selain Allah, Dia satu-satuNya, tidak ada sekutu bagiNya. Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan RasulNya’, rahmat menyelubunginya. Apabila dia tawaf di Ka’bah, Allah tuliskan untuknya setiap langkah sebanyak 70 ribu kebaikan, menghapuskan daripadanya 70 ribu kejahatan, mengangkat untuknya sebanyak 70 ribu darjat dan diberikan syafaat kepada seramai 70 orang dalam kalangan ahli keluarganya. Apabila dia datang ke Maqam Ibrahim lalu dia solat sebanyak dua rakaat berhampirannya dengan penuh keimanan dan pengharapan, Allah tuliskan untuknya pahala membebaskan 14 orang dalam kalangan anak Isma’il dan dia keluar daripada dosa-dosanya seperti hari ibunya melahirkannya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1213 – 1214, hadis nombor 6180. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما مرفوعا: من توضأ فأسبغ الوضوء، ثم أتى الركن ليستلمه؛ خاض في الرحمة، فإذا استلمه فقال: بسم الله والله أكبر، أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن محمدا عبده ورسوله؛ غمرته الرحمة، فإذا طاف بالبيت؛ كتب الله له بكل قدم سبعين ألف حسنة، وحط عنه سبعين ألف سيئة، ورفع له سبعين ألف درجة، وشفع في سبعين من أهل بيته، فإذا أتى مقام إبراهيم، فصلى عنده ركعتين إيمانا واحتسابا؛ كتب الله له عتق أربعة عشر محررا من ولد إسماعيل، وخرج من ذنوبه كيوم ولدته أمه.
[الأصبهاني، ((الضعيفة)) (5466)]

(Munkar)
Daripada ‘Abdillah bin ‘Umar RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang berwuduk lalu menyempurnakan wuduk, kemudian dia mendatangi rukun (bucu Ka’bah) untuk melakukan istilam (menyentuh dan mengucup Hajar Aswad), dia bergelumang dalam rahmat. Apabila dia melakukan istilam lalu dia membaca: Dengan nama Allah! Allah Maha Besar! Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang layak disembah selain Allah, Dia satu-satuNya, tidak ada sekutu bagiNya. Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan RasulNya, rahmat menyelubunginya. Apabila dia tawaf di Ka’bah, Allah tuliskan untuknya setiap langkah sebanyak 70 ribu kebaikan, menghapuskan daripadanya 70 ribu kejahatan, mengangkat untuknya sebanyak 70 ribu darjat dan diberikan syafaat kepada seramai 70 orang dalam kalangan ahli keluarganya. Apabila dia datang ke Maqam Ibrahim lalu dia solat sebanyak dua rakaat berhampirannya dengan penuh keimanan dan pengharapan, Allah tuliskan untuknya pahala membebaskan 14 orang dalam kalangan anak Isma’il dan dia keluar daripada dosa-dosanya seperti hari ibunya melahirkannya.
[Riwayat al-Asbahani. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5466]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs