Allah tidak suka hamba yang dibezakan daripada saudaranya

TEKS BAHASA ARAB

إن الله يكره العبد المتميز عن أخيه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah tidak suka hamba yang dibezakan daripada saudaranya.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 22, hadis nombor 59. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

لا يعرف. لكن روي أنه -صلى الله عليه وسلم- أراد أن يمتهن نفسه في شيء. قالوا: "نحن نكفيك يا رسول الله". قال: "قد علمت أنكم تكفوني. ولكن أكره أن أتميز عليكم، فإن الله يكره من عبده أن يراه متميزا عن أصحابه".

Tidak diketahui, namun diriwayatkan bahawa Nabi SAW ingin berkerja keras dengan diri Baginda sendiri pada suatu perkara. Mereka (yakni Para Sahabat) pun berkata: "Wahai Rasulullah! Kami mencukupkan (keperluan)mu". Baginda bersabda: "Aku tahu bahawa kalian sanggup mencukupkan (keperluan)ku, namun aku tidak suka untuk dibezakan mengatasi kalian, kerana Allah tidak suka pada hamba-Nya bahawa dia melihat dirinya dibezakan daripada teman-temannya".

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs