Bukan hadis
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن الله يكره العبد المتميز عن أخيه.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah tidak suka hamba yang dibezakan daripada saudaranya.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)
Status
Bukan hadis
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 22, hadis no. 59. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Tidak diketahui, namun diriwayatkan bahawa Nabi SAW ingin berkerja keras dengan diri Baginda sendiri pada suatu perkara. Mereka (yakni Para Sahabat) pun berkata: "Wahai Rasulullah! Kami mencukupkan (keperluan)mu". Baginda bersabda: "Aku tahu bahawa kalian sanggup mencukupkan (keperluan)ku, namun aku tidak suka untuk dibezakan mengatasi kalian, kerana Allah tidak suka pada hamba-Nya bahawa dia melihat dirinya dibezakan daripada teman-temannya".
Rujukan
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
Makluman