Allah tidak pernah menghalalkan sesuatu di zaman fitnah yang Dia telah Dia haramkan sebelum itu

TEKS BAHASA ARAB

إن الله عز وجل لم يحل في الفتنة شيئا حرمه قبل ذلك، ما بال أحدكم يأتي أخاه فيسلم عليه، ثم يأتي بعد ذلك فيقتله؟!.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah ‘Azza wa jalla tidak pernah menghalalkan sesuatu di zaman fitnah yang Dia telah Dia haramkan sebelum itu. Apakah sebab seseorang kamu datang menemui saudaranya, lalu dia memberikan salam kepadanya kemudian setelah itu dia datang lalu membunuhnya?!

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1324, hadis nombor 6760. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي أمامة رضي الله عنه، عن النبي صلى الله عليه وسلم: إن الله عز وجل لم يحل في الفتنة شيئا حرمه قبل ذلك، ما بال أحدكم يأتي أخاه فيسلم عليه، ثم يأتي بعد ذلك فيقتله؟!.
[طب، ((الضعيفة)) (2807)]

(Lemah)
Daripada Abu Umamah RA, daripada Nabi SAW: Sesungguhnya Allah ‘Azza wa jalla tidak pernah menghalalkan sesuatu di zaman fitnah yang Dia telah Dia haramkan sebelum itu. Apakah sebab seseorang kamu datang menemui saudaranya, lalu dia memberikan salam kepadanya kemudian setelah itu dia datang lalu membunuhnya?!
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2807]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs