Allah tidak menyukai Ifrit yang tidak diuji

TEKS BAHASA ARAB

إن الله يبغض العفريت النفريت الذي لا يرزأ في ولده، ولا يصاب في ماله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah tidak menyukai Ifrit jahat yang tidak ditimpa musibah pada anaknya dan tidak juga ditimpa musibah pada hartanya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1731, hadis nombor 8712. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي عثمان النهدي قال: دخل على النبي صلى الله عليه وسلم أعرابي جسيم أو جسمان عظيم، فقال له النبي صلى الله عليه وسلم: متى عهدك بالحمى؟ قال: لا أعرفها. قال: فالصداع؟ قال: لا أدري ما هو. قال: فأصبت بمالك؟ قال: لا. قال: فرزئت بولدك؟ قال: لا. فقال النبي صلى الله عليه وسلم: ((إن الله يبغض العفريت النفريت الذي لا يرزأ في ولده، ولا يصاب في ماله)).
[الحارث، ((الضعيفة)) (2660)]

(Lemah)
Daripada Abu Uthman al-Nahdi berkata: Seorang arab badwi yang berbadan tegap datang bertemu Rasulullah SAW. Baginda bertanya kepadanya: ((Bilakah terakhir kali kamu ditimpa demam?)) Dia menjawab: "Aku tidak mengetahuinya." Nabi bertanya lagi: ((Pening?)) Dia menjawab: "Aku tidak tahu apakah itu." Baginda bertanya: ((Pernahkah kamu mengalami musibah pada hartamu?)) Dia menjawab: "Tidak", Baginda bertanya: ((Musibah pada anakmu?)) Jawabnya: "Tidak". Lalu Nabi bersabda: ((Sesungguhnya Allah tidak menyukai Ifrit jahat yang tidak ditimpa musibah pada anaknya dan tidak juga ditimpa musibah pada hartanya.))
[Riwayat al-Harith. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 2660].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs