Classification icon

Lemah Dengan Selengkap Ini

30/06/2024

minit bacaan



Allah tidak menukarkan yang lebih baik untuk aku daripadanya

Teks Bahasa Arab

ما أبدلني اللَّهُ خيرًا منها قد آمنَتْ بي إذ كفرَ بيَ النَّاسُ وصدَّقتني إذ كذَّبَنيَ النَّاسُ وواسَتْني بمالِها إذ حرمَنيَ النَّاسُ ورزقنيَ اللَّهُ عزَّ وجلَّ ولدَها إذ حرَمني أولادَ النِّساءِ.

Teks Bahasa Melayu

Allah tidak menukarkan yang lebih baik untuk aku daripadanya. Beliau beriman dengan aku ketika orang lain kufur. Beliau membenarkan aku ketika orang lain mendustakan aku. Beliau memberikan hartanya ketika orang lain menahan harta mereka. Allah telah memberikan rezeki kepada aku dengan anak-anaknya ketika Allah menghalang wanita lain melahirkan anak.

Sahabat Perawi

  1. ‘Aishah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah Dengan Selengkap Ini

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1933, hadis no. 9697. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف بهذا التمام) عن عائشة قالت: كَانَ إِذَا ذَكَرَ خَدِيجَةَ؛ أَثْنَى عَلَيْهَا فَأَحْسَنَ الثَّنَاءَ. قَالَتْ عائشةُ: فَغِرْتُ يَوْماً فَقُلْتُ: مَا أَكْثَرَ مَا تَذْكُرُ حَمْرَاءَ الشِّدْقِ، قَدْ أَبْدَلَكَ اللَّهُ خَيْراً مِنْهَا! قَالَ: مَا أَبْدَلَنِي اللَّهُ خَيْراً مِنْهَا؛ قَدْ آمَنَتْ بِي إِذْ كَفَرَ بِي النَّاسُ، وَصَدَّقَتْنِي إِذْ كَذَّبَنِي النَّاسُ، وَوَاسَتْنِي بِمَالِهَا إِذْ حَرَمَنِي النَّاسُ، وَرَزَقَنِي اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ وَلَدَهَا إِذْ حَرَمَنِي أَوْلَادَ النِّسَاءِ. [حم، طب -مختصرا-، ((الضعيفة)) (6224)]

(Lemah Dengan Selengkap Ini) Daripada ‘Aisyah, beliau berkata: Apabila Baginda menyebut tentang Khadijah, Baginda akan memujinya dan memperelokkan pujiannya terhadap Khadijah. ‘Aisyah berkata: Pada satu hari aku cemburu. Lalu aku berkata: Terlalu banyak kamu menyebut tentang orang yang kemerahan rahangnya (tanda tua). Sesungguh Allah telah menggantikan dengan yang lebih baik daripada dia. Nabi bersabda: Allah tidak menukarkan yang lebih baik untuk aku daripadanya. Beliau beriman dengan aku ketika orang lain kufur. Beliau membenarkan aku ketika orang lain mendustakan aku. Beliau memberikan hartanya ketika orang lain menahan harta mereka. Allah telah memberikan rezeki kepada aku dengan anak-anaknya ketika Allah menghalang wanita lain melahirkan anak. [Riwayat Ahmad dan al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6224]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.