TEKS BAHASA ARAB
إن الله ليس بتارك أحدا من المسلمين صبيحة أول يوم من شهر رمضان إلا غفر له.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya Allah tidak akan meninggalkan sesiapa pun dalam kalangan kaum muslimin pada waktu pagi di awal bulan Ramadan melainkan Allah akan mengampuninya.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1128, hadis nombor 5681. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس رضي الله عنه مرفوعا: «إن الله ليس بتارك أحدا من المسلمين صبيحة أول يوم من شهر رمضان إلا غفر له».
[خط، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (296)]
(Palsu) Daripada Anas RA secara marfu’: Sesungguhnya Allah tidak akan meninggalkan sesiapa pun dalam kalangan kaum muslimin pada waktu pagi di awal bulan Ramadan melainkan Allah akan mengampuninya.
[Diriwayatkan oleh al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh al-Baghdad, Ibn Jawzi. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 296].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.