Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنَّ اللهَ لَيْسَ بِتَارِكٍ أَحَدًا مِنَ الْمُسْلِمِينَ صَبِيحَةَ أَوَّلِ يَوْمٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ إِلَّا غَفَرَ لَهُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah tidak akan meninggalkan sesiapa pun dalam kalangan kaum muslimin pada waktu pagi di awal bulan Ramadan melainkan Allah akan mengampuninya.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1128, hadis no. 5681. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس رضي الله عنه مرفوعا: «إن الله ليس بتارك أحدا من المسلمين صبيحة أول يوم من شهر رمضان إلا غفر له». [خط، ابن الجوزي، الضعيفة (296)]
(Palsu) Daripada Anas RA secara marfu’: Sesungguhnya Allah tidak akan meninggalkan sesiapa pun dalam kalangan kaum muslimin pada waktu pagi di awal bulan Ramadan melainkan Allah akan mengampuninya. [Diriwayatkan oleh al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh al-Baghdad, Ibn Jawzi. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 296].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman