Allah tidak mendengar sesuatu sepertimana Dia mendengar kepada seorang lelaki yang baik tarannum al-Qurannya

TEKS BAHASA ARAB

ما أذن الله لشيء كإذنه لرجل حسن الترنم بالقرآن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah tidak mendengar sesuatu sepertimana Dia mendengar kepada seorang lelaki yang baik tarannum al-Qurannya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1594, hadis nombor 8051. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بلفظ: ((الترنم)) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- قال: قال -صلى الله عليه السلام-: ((ما أذن اللهُ لشيءٍ كإذَنهِ لرجل حَسَنِ الترنم بالقرآن)). [عد، ((الضعيفة)) (6640)].

(Munkar dengan lafaz: Tarannum)
Daripada Abi Hurairah RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Allah tidak mendengar sesuatu sepertimana Dia mendengar kepada seorang lelaki yang baik tarannum al-Qurannya.))
[Riwayat Ibn ‘Adiy dalam al-Kamil. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6640].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs