Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما أَذِنَ اللهُ لشيءٍ كإذنِه لرجلٍ حسنِ التَّرنُّمِ بالقرآنِ.
Teks Bahasa Melayu
Allah tidak mengizinkan sesuatu sepertimana izinnya kepada seorang lelaki yang baik tarannum al-Qurannya.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1594, hadis no. 8051. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بلفظ: ((الترنم)) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- قال: قال -صلى الله عليه السلام-: ((ما أذن اللهُ لشيءٍ كإذَنهِ لرجل حَسَنِ الترنم بالقرآن)). [عد، ((الضعيفة)) (6640)].
(Munkar dengan lafaz: Tarannum) Daripada Abi Hurairah RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Allah tidak mengizinkan sesuatu sepertimana izinnya kepada seorang lelaki yang baik tarannum al-Qurannya.)) [Riwayat Ibn ‘Adiy dalam al-Kamil. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6640].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman