Allah tidak menghimpunkan di dalam seorang lelaki debu di jalan Allah dan asap neraka jahanam

TEKS BAHASA ARAB

لا يجمع الله في جوف رجل غباراً في سبيل الله ودخان جهنم. ومن اغبرت قدماه في سبيل الله؛ حرم الله سائر جسده على النار. ومن صام يوماً في سبيل الله باعد الله عنه النار مسيرة ألف سنة للراكب المستعجل. ومن جرح جراحة في سبيل الله؛ ختم له بخاتم الشهداء؛ له نور يوم القيامة، لونها مثل لون الزعفران وريحها مثل ريح المسك، يعرفه بها الأولون والآخرون يقولون: فلان عليه طابع الشهداء. ومن قاتل في سبيل الله فواق ناقة وجبت له الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah tidak menghimpunkan di dalam seorang lelaki debu di jalan Allah dan asap neraka jahanam. Sesiapa yang dua kakinya berdebu di jalan Allah, Allah mengharamkan seluruh jasadnya daripada api neraka. Sesiapa yang berpuasa satu hari di jalan Allah, Allah menjauhkannya daripada api neraka dengan jarak seribu tahun (perjalanan) bagi seorang penunggang yang bersegera. Sesiapa yang terluka di jalan Allah dengan satu luka, diberi tanda baginya dengan tanda para syuhada, baginya cahaya pada hari kiamat. Warnanya seperti warna koma-koma (safron) dan baunya seperti bau kasturi. Golongan yang awal dan golongan yang akhir mengenalinya dengan (tanda) itu. Mereka berkata: Pada polan itu ada cap para syuhada. Sesiapa yang berjuang pada jalan Allah sekadar tempoh fawaq (rehat yang sebentar antara dua perahan susu), wajib baginya syurga.

STATUS

Lemah apabila sempurna sebegini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1007, hadis nombor 5189. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف بهذا التمام) عن أبي الدرداء رضي الله عنه مرفوعا: لا يجمع الله في جوف رجل غبارا في سبيل الله ودخان جهنم. ومن اغبرت قدماه في سبيل الله؛ حرم الله سائر جسده على النار. ومن صام يوما في سبيل الله باعد الله عنه النار مسيرة ألف سنة للراكب المستعجل. ومن جرح جراحة في سبيل الله ختم له بخاتم الشهداء له نور يوم القيامة، لونها مثل لون الزعفران وريحها مثل ريح المسك، يعرفه بها الأولون والآخرون يقولون: فلان عليه طابع الشهداء. ومن قاتل في سبيل الله فواق ناقة؛ وجبت له الجنة. [حم، الضعيفة (4815)].

(Lemah Apabila Sempurna Sebegini) Daripada Abu Darda’ RA, beliau meriwayatkan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Allah tidak menghimpunkan di dalam seorang lelaki debu di jalan Allah dan asap neraka jahanam. Sesiapa yang dua kakinya berdebu di jalan Allah, Allah mengharamkan seluruh jasadnya daripada api neraka. Sesiapa yang berpuasa satu hari di jalan Allah, Allah menjauhkannya daripada api neraka dengan jarak seribu tahun (perjalanan) bagi seorang penunggang yang bersegera. Sesiapa yang terluka di jalan Allah dengan satu luka, diberi tanda baginya dengan tanda para syuhada, baginya cahaya pada hari kiamat. Warnanya seperti warna koma-koma (safron) dan baunya seperti bau kasturi. Golongan yang awal dan golongan yang akhir mengenalinya dengan (tanda) itu. Mereka berkata: Pada polan itu ada cap para syuhada. Sesiapa yang berjuang pada jalan Allah sekadar tempoh fawaq (rehat yang sebentar antara dua perahan susu), wajib baginya syurga. [Riwayat Musnad Ahmad. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 4815].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs