Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ اللَّهَ عزَّ وجلَّ لم يُحرِّم حُرمةً إلَّا وقد علمَ أنَّهُ سيَطلعُها منكُم مطلعٌ، ألا وإنِّي مُمسِكٌ بِحُجُزِكم أن تَهافتوا في النَّار كما يتَهافتُ الفَراشُ والذُّبابُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah 'Azza wa jalla tidak mengharamkan sesuatu pengharaman kecuali Dia mengetahui bahawa perkara itu akan diintai oleh pengintai dalam kalangan kamu. Ingatlah! Sesungguhnya aku memegang simpulan tali pinggang kamu agar kamu tidak terjerumus (kerana terburu-buru) ke dalam api seperti terjerumusnya kupu-kupu dan lalat.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas'ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1327 - 1328, hadis no. 6778. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبدالله بن مسعود رضي الله عنه مرفوعا: إن الله - عز وجل - لم يحرم حرمة إلا وقد علم أنه سيطلعها منكم مطلع، ألا وإني ممسك بحجزكم أن تهافتوا في النار كما يتهافت الفراش والذباب. [حم، طب، ((الضعيفة)) (3082)]
(Lemah) Daripada Abdullah bin Mas'ud RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah 'Azza wa jalla tidak mengharamkan sesuatu pengharaman kecuali Dia mengetahui bahawa perkara itu akan diintai oleh pengintai dalam kalangan kamu. Ingatlah! Sesungguhnya aku memegang simpulan tali pinggang kamu agar kamu tidak terjerumus (kerana terburu-buru) ke dalam api seperti terjerumusnya kupu-kupu dan lalat. [Riwayat Ahmad dalam al-Musnad, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3082]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman