TEKS BAHASA ARAB
ما اتخذ الله وليا جاهلا ولو اتخذه لعلمه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Allah tidak mengambil seorang wali yang jahil, jika Dia mengambilnya, nescaya Dia akan mengajarnya.
STATUS
Tidak sabit
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 156, hadis nombor 269. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال السخاوي: ليس بثابت، ولكن معناه صحيح، لو أراد اتخاذه وليا لعلمه ثم اتخذه وليا.
Al-Sakhawi berkata: Tidak sabit, tetapi maknanya sahih. Yakni jika Dia ingin mengambilnya sebagai seorang wali, nescaya Dia akan mengajarnya kemudian Dia mengambilnya sebagai seorang wali.
RUJUKAN
Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.