Allah tidak mengambil Kaninah seseorang hamba lalu dia bersabar dan mengharapkan pahala

TEKS BAHASA ARAB

لا يذهب الله بكنينة عبد فيصبر ويحتسب؛ إلا دخل الجنة، وكنينته زوجته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah tidak mengambil Kaninah seseorang hamba lalu dia bersabar dan mengharapkan pahala melainkan dia akan masuk ke dalam syurga. Kaninah itu ialah isterinya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 691, hadis nombor 3553. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((لا يذهب الله بكنينة عبد فيصبر ويحتسب؛ إلا دخل الجنة، وكنينته زوجته)). [ابن حبان في ((الضعفاء))، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (٦٤٢٥)]

(Palsu) Daripada Abū Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Allah tidak mengambil Kaninah seseorang hamba lalu dia bersabar dan mengharapkan pahala melainkan dia akan masuk ke dalam syurga. Kaninah itu ialah isterinya. [Riwayat Ibn Ḥibbān dalam al-Ḍu‘afā’, Abū Nu‘aim dalam Akhbār Aṣbahān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6425]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs