Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Allah tidak mengambil Kaninah seseorang hamba lalu dia bersabar dan mengharapkan pahala

Teks Bahasa Arab

لا يذهبُ الله بكنينةِ عبدٍ فيصبرُ ويحتسبُ؛ إلَّا دخلَ الجنَّةَ، وكنينتُه زوجته.

Teks Bahasa Melayu

Allah tidak mengambil Kaninah seseorang hamba lalu dia bersabar dan mengharapkan pahala melainkan dia akan masuk ke dalam syurga. Kaninah itu ialah isterinya.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 691, hadis no. 3553. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((لا يذهب الله بكنينة عبد فيصبر ويحتسب؛ إلا دخل الجنة، وكنينته زوجته)). [ابن حبان في ((الضعفاء))، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (٦٤٢٥)]

(Palsu) Daripada Abū Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Allah tidak mengambil Kaninah seseorang hamba lalu dia bersabar dan mengharapkan pahala melainkan dia akan masuk ke dalam syurga. Kaninah itu ialah isterinya. [Riwayat Ibn Ḥibbān dalam al-Ḍu‘afā’, Abū Nu‘aim dalam Akhbār Aṣbahān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6425]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.