Allah tidak menerima solat seorang pemimpin yang berhukum dengan selain daripada apa yang Allah Azzawajalla turunkan

TEKS BAHASA ARAB

لا يقبل الله صلاة إمام حكم بغير ما أنزل الله عز وجل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah tidak menerima solat seorang pemimpin yang berhukum dengan selain daripada apa yang Allah Azzawajalla turunkan.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 363, hadis nombor 1935. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن طلحة بن عبد الله – رضي الله عنه – مرفوعا: «لا يقبل الله صلاة إمام حكم بغير ما أنزل الله عز وجل». [عق، الباغندي في «مسند عمر»، الضياء، الضعيفة» (1160)].

(Sangat Lemah) Daripada Talhah bin Abdullah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Allah tidak menerima solat seorang pemimpin yang berhukum dengan selain daripada apa yang Allah Azzawajalla turunkan". [Riwayat al-‘Uqayli, al-Baghandi dalam Musnad ‘Umar dan Diya’ al-Maqdisi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1160].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs