Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا يَقْبَلُ اللهُ صلاةَ إمامٍ حَكم بِغَيْرِ ما أنزل اللهُ عز وجل.
Teks Bahasa Melayu
Allah tidak menerima solat seorang pemimpin yang berhukum dengan selain daripada apa yang Allah Azzawajalla turunkan.
Sahabat Perawi
- Talhah bin Abdullah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 363, hadis no. 1935. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن طلحة بن عبد الله - رضي الله عنه - مرفوعا: «لا يقبل الله صلاة إمام حكم بغير ما أنزل الله عز وجل». [عق، الباغندي في «مسند عمر»، الضياء، الضعيفة» (1160)].
(Terlalu Daif) Daripada Talhah bin Abdullah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Allah tidak menerima solat seorang pemimpin yang berhukum dengan selain daripada apa yang Allah Azzawajalla turunkan". [Riwayat al-‘Uqayli, al-Baghandi dalam Musnad ‘Umar dan Diya’ al-Maqdisi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1160].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman