Classification icon

Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Allah tidak mencipta sesuatu melainkan diciptakan baginya apa yang mengatasinya

Teks Bahasa Arab

ما خلق اللهُ من شيءٍ؛ إلا وقد خلق له ما يغلبه، وخلق رحمتَه تغلب غضبَهُ.

Teks Bahasa Melayu

Allah tidak mencipta sesuatu melainkan diciptakan baginya apa yang mengatasinya. Dan Allah menciptakan rahmat-Nya mengatasi kemurkaan-Nya.

Sahabat Perawi

  1. Abu Sa'id al-Khudri RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 483, hadis no. 2596.

(منكر) عن أبي سعيد الخدري –رضي الله عنه- مرفوعا: ((ما خلق الله من شيء؛ إلا وقد خلق له ما يغلبه، وخلق رحمته تغلب غضبه)). [البزار، ك، فر، ((الضعيفة)) (4438)]

(Munkar) Daripada Abu Sa’id al-Khudri RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Allah tidak mencipta sesuatu melainkan diciptakan baginya apa yang mengatasinya. Dan Allah menciptakan rahmat-Nya mengatasi kemurkaan-Nya. [Riwayat al-Bazzar, Mustadrak al-Hakim, Al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4438]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.