Allah tidak mencipta pada pagi hari (dalam keadaan) diketahui oleh malaikat yang di langit dan tidak juga yang di bumi

TEKS BAHASA ARAB

ما خلق الله من صباح يعلم ملك في السماء ولا في الأرض ما يصنع الله في ذلك اليوم، وإن العبد له رزقه؛ فلو اجتمع عليه الثقلان – الجن والأنس – على أن يصدوا عنه شيئا من ذلك؛ ما استطاعوا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah tidak mencipta pada pagi hari (dalam keadaan) diketahui oleh malaikat yang di langit dan tidak juga yang di bumi, apa yang Allah lakukan pada hari tersebut. Sesungguhnya juga seorang hamba itu ada rezekinya. Jika sekiranya dua (makhluk) berat – jin dan manusia – berhimpun untuk menghalang suatu apapun dari rezeki tadi daripadanya, nescaya mereka tidak akan mampu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 508-509, hadis nombor 2707. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن مسعود -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله ﷺ: «ما خلق الله من صباح يعلم ملك في السماء ولا في الأرض ما يصنع الله في ذلك اليوم، وإن العبد له رزقه؛ فلو اجتمع عليه الثقلان – الجن والأنس – على أن يصدوا عنه شيئا من ذلك؛ ما استطاعوا». [طس، «الضعيفة» (5309)].

(Lemah) Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Allah tidak mencipta pada pagi hari (dalam keadaan) diketahui oleh malaikat yang di langit dan tidak juga yang di bumi, apa yang Allah lakukan pada hari tersebut. Sesungguhnya juga seorang hamba itu ada rezekinya. Jika sekiranya dua (makhluk) berat – jin dan manusia – berhimpun untuk menghalang suatu apapun dari rezeki tadi daripadanya, nescaya mereka tidak akan mampu". [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5309].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs