Allah tidak memberikan ilmu kepada orang alim melainkan Allah mengambil perjanjian daripadanya

TEKS BAHASA ARAB

ما آتى الله عالما علما إلا أخذ الله عليه الميثاق أن لا يكتمه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah tidak memberikan ilmu kepada orang alim melainkan Allah mengambil perjanjian daripadanya agar dia tidak menyembunyikannya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1275, hadis nombor 6528. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن أبي هريرةرضي الله عنه رفعه: ما آتى الله عالما علما إلا أخذ الله عليه الميثاق أن لا يكتمه.
[فر، ((الضعيفة)) (4408)]

(Sangat Lemah)
Daripada Abi Hurairah RA, beliau meriwayatkannya secara marfu’: Allah tidak memberikan ilmu kepada orang alim melainkan Allah mengambil perjanjian daripadanya agar dia tidak menyembunyikannya.
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4408]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.