Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما آتى اللهُ عالمًا علمًا إلا أخذ اللهُ عليه الميثاقَ أن لا يكتمَه.
Teks Bahasa Melayu
Allah tidak memberikan ilmu kepada orang alim melainkan Allah mengambil perjanjian daripadanya agar dia tidak menyembunyikannya.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1275, hadis no. 6528. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي هريرةرضي الله عنه رفعه: ما آتى الله عالما علما إلا أخذ الله عليه الميثاق أن لا يكتمه. [فر، ((الضعيفة)) (4408)]
(Sangat Lemah) Daripada Abi Hurairah RA, beliau meriwayatkannya secara marfu': Allah tidak memberikan ilmu kepada orang alim melainkan Allah mengambil perjanjian daripadanya agar dia tidak menyembunyikannya. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4408]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman