Allah tidak mematikan seseorang alim melainkan terdapat lubang dalam Islam

TEKS BAHASA ARAB

ما قبض الله عالما إلا كان ثغرة في الإسلام لا تسد ثلمته إلى يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah tidak mematikan seseorang alim melainkan terdapat lubang dalam Islam yang tidak boleh ditutup lubangnya hingga hari kiamat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1276, hadis nombor 6534. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن ابن عمر رضي الله عنهما رفعه: ما قبض الله عالما إلا كان ثغرة في الإسلام لا تسد ثلمته إلى يوم القيامة.
[فر، ((الضعيفة)) (4463)]

(Palsu)
Daripada Ibn ‘Umar RA, beliau meriwayatkannya secara marfu’: Allah tidak mematikan seseorang alim melainkan terdapat lubang dalam Islam yang tidak boleh ditutup lubangnya hingga hari kiamat.
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4463]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.