Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Allah tidak mematikan seseorang alim melainkan terdapat lubang dalam Islam

Teks Bahasa Arab

ما قبضَ اللَّهُ عالمًا إلاَّ كانَ ثَغرةً في الإسلامِ لا تُسدُّ ثلمتُهُ إلى يومِ القيامةِ.

Teks Bahasa Melayu

Allah tidak mematikan seseorang alim melainkan terdapat lubang dalam Islam yang tidak boleh ditutup lubangnya hingga hari kiamat.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1276, hadis no. 6534. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عمر رضي الله عنهما رفعه: ما قبض الله عالما إلا كان ثغرة في الإسلام لا تسد ثلمته إلى يوم القيامة. [فر، ((الضعيفة)) (4463)]

(Palsu) Daripada Ibn 'Umar RA, beliau meriwayatkannya secara marfu': Allah tidak mematikan seseorang alim melainkan terdapat lubang dalam Islam yang tidak boleh ditutup lubangnya hingga hari kiamat. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4463]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.