Allah tidak memandang kepada kaum yang tidak meletakkan serban mereka di bawah pakaian atas mereka

TEKS BAHASA ARAB

لا ينظر الله إلى قوم لا يجعلون عمائمهم تحت ردائهم. يعني: في الصلاة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah tidak memandang kepada kaum yang tidak meletakkan serban mereka di bawah pakaian atas mereka. Iaitu ketika solat.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 343, hadis nombor 1801. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن ابن عباس -رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله ﷺ: «لا ينظر الله إلى قوم لا يجعلون عمائمهم تحت ردائهم. يعني: في الصلاة». [فر، «الضعيفة» (6071)].

(Munkar) Daripada Ibn ‘Abbās RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: Allah tidak memandang kepada kaum yang tidak meletakkan serban mereka di bawah pakaian atas mereka. Iaitu ketika solat. [Riwayat al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6071].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs