Allah tidak akan merobek (tabir) hamba-Nya

TEKS BAHASA ARAB

إن الله لا يهتك عبده أول مرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah tidak akan merobek (tirai) hamba-Nya pada (kesalahan) pertama kali.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 21, hadis nombor 57. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

لا يعرف بهذا. لكن في معناه ما جاء عن أبي رافع: أن رسول الله سئل: كم للمؤمن من ستر قال: "هي أكثر من أن تحصى، ولكن المؤمن إذا عمل خطيئة هتك سترا منها، فإذا تاب رجع إليه ذلك الستر وتسعة معه، وإذا لم يتب هتك منه سترا واحدا، حتى لا يبقى منها شيء، قال الله تعالى لمن شاء من ملائكته: "إن بني آدم يعيرون ولا يغيرون، فحفوه بأجنحتكم"، فيفعلون به ذلك. فإن تاب رجعت إليه تلك الأستار كلها، وإذا لم يتب عجت منه الملائكة. فيقول الله تعالى: "أسلموه" فيسلمونه حتى لا تستر منه عورة.

Tidak diketahui dengan (lafaz) ini. Namun semakna dengannya apa yang datang daripada Abi Rafi’: Bahawa Rasulullah SAW telah ditanya: "Berapa banyak tabir yang dimiliki oleh seorang mukmin?". Jawab Baginda: "Ia lebih banyak dari boleh dibilang, namun seorang mukmin, apabila dia melakukan satu kesalahan, dia merobek satu tabir daripadanya. Apabila dia bertaubat, tabir itu kembali kepadanya bersama sembilan lagi (tabir) bersamanya. Apabila dia tidak beraubat, maka terbukalah daripadanya satu tabir, hingga tidak berbaki lagi daripadanya. Allah Ta’ala pun berkata kepada sesiapa yang Dia kehendaki dari kalangan malaikat-Nya: "Sesungguhnya anak Adam akan mengaibkan, namun mereka tidak akan mengubah. Tutuplah dia dengan sayap-sayap kalian". Lalu mereka melakukan itu kepadanya. Sekiranya dia bertaubat, kesemua tabir-tabir berkenaan akan kembali kepadanya, sekiranya dia tidak bertaubat para malaikat berkerumun padanya, lalu Allah Ta’ala berfirman: "Lepaskanlah dia, lalu mereka pun melepaskannya hingga tidak terlindung darinya satu aurat pun".

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs