Allah tidak akan mengumpulkan pada tubuh seorang lelaki debu di jalan Allah dan asap api neraka

TEKS BAHASA ARAB

لا يجمع الله في جوف رجل غباراً في سبيل الله ودخان جهنم. ومن اغبرت قدماه في سبيل الله حرم الله سائر جسده على النار. ومن صام يوماً في سبيل الله باعد الله عنه النار مسيرة ألف سنة للراكب المستعجل. ومن جرح جراحة في سبيل الله؛ ختم له بخاتم الشهداء له نور يوم القيامة لونها مثل لون الزعفران وريحها مثل ريح المسك يعرفه بها الأولون والآخرون يقولون: فلان عليه طابع الشهداء. ومن قاتل في سبيل الله فواق ناقة وجبت له الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah tidak akan mengumpulkan pada tubuh seorang lelaki debu di jalan Allah dan asap api neraka. Dan sesiapa yang berdebu kakinya di jalan-Nya, Allah akan mengharamkan seluruh jasadnya daripada api neraka. Dan sesiapa yang berpuasa satu hari di jalan Allah (ketika berperang), Allah akan menjauhkan dirinya daripada api neraka yang mana perjalanannya mengambil masa selama seribu tahun bagi orang yang menunggang secara tergesa-gesa. Dan sesiapa yang terluka (ketika berperang) di jalan Allah, maka Allah akan memberinya mematerinya dengan cop mohor orang yang mati syahid. Baginya cahaya pada hari kiamat, warnanya itu seperti warna za’faran, dan baunya itu seperti bau haruman kasturi, dia dikenali oleh orang terawal dan yang terakhir. Mereka berkata: Fulan ini terdapat cap mohor syuhada padanya, dan sesiapa yang berperang walaupun dalam masa yang singkat, maka wajib baginya syurga.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1146, hadis nombor 5797. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف بهذا التام) عن أبي الدرداء رضي الله عنه مرفوعا: لا يجمع الله في جوف رجل غباراً في سبيل الله ودخان جهنم. ومن اغبرت قدماه في سبيل الله حرم الله سائر جسده على النار. ومن صام يوماً في سبيل الله باعد الله عنه النار مسيرة ألف سنة للراكب المستعجل. ومن جرح جراحة في سبيل الله ختم له بخاتم الشهداء. له نور يوم القيامة لونها مثل لون الزعفران وريحها مثل ريح المسك يعرفه بها الأولون والآخرون يقولون: فلان عليه طابع الشهداء. ومن قاتل في سبيل الله فواق ناقة وجبت له الجنة. [حم، الضعيفة (4815)]

(Lemah dengan dengan teks yang lengkap) Daripada Abu Darda RA secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): Allah tidak akan mengumpulkan pada tubuh seorang lelaki debu di jalan Allah dan asap api neraka. Dan sesiapa yang berdebu kakinya di jalan-Nya, Allah akan mengharamkan seluruh jasadnya daripada api neraka. Dan sesiapa yang berpuasa satu hari di jalan Allah (ketika berperang), Allah akan menjauhkan dirinya daripada api neraka yang mana perjalanannya mengambil masa selama seribu tahun bagi orang yang menunggang secara tergesa-gesa. Dan sesiapa yang terluka (ketika berperang) di jalan Allah, maka Allah akan memberinya mematerinya dengan cop mohor orang yang mati syahid. Baginya cahaya pada hari kiamat, warnanya itu seperti warna za’faran, dan baunya itu seperti bau haruman kasturi, dia dikenali oleh orang terawal dan yang terakhir. Mereka berkata: Fulan ini terdapat cap mohor syuhada padanya, dan sesiapa yang berperang walaupun dalam masa yang singkat, maka wajib baginya syurga. [Riwayat Musnad Aḥmad bin Ḥanbal. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4815]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs