Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَا خَيَّبَ اللهُ امْرَأً قَامَ فِي جَوْفِ اللَّيْلِ، فَافْتَتَحَ سُورَةَ الْبَقَرَةِ وآل عِمْرَانَ.
Teks Bahasa Melayu
Allah tidak akan mengecewakan seseorang yang bangun (solat) di pertengahan malam, lalu dia memulakan dengan surah al-Baqarah dan surah Ali Imran.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas'ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 310, hadis no. 1635. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن مسعود – رضي الله عنه -، مرفوعًا: ((ما خيب الله امرأ قام في جوف الليل، فافتتح سورة البقرة وآل عمران)). [طس، ((الضعيفة)) (5064)].
(Daif) Daripada Ibn Mas‘ud RA, secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): “Allah tidak akan mengecewakan seseorang yang bangun (solat) di pertengahan malam, lalu dia memulakan dengan surah al-Baqarah dan surah Ali Imran.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5064].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman