Allah tidak akan mengecewakan seseorang yang bangun pada pertengahan malam

TEKS BAHASA ARAB

ما خيب الله امرأ قام في جوف الليل، فافتتح سورة البقرة وآل عمران.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah tidak akan mengecewakan seseorang yang bangun pada pertengahan malam dan dia memulakan pembukaan (solat dengan membaca) surah al-Baqarah dan surah al-Imran.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 294, hadis nombor 1549. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن مسعود -رضي الله عنه – مرفوعا: «ما خيب الله امرأ قام في جوف الليل فافتتح سورة البقرة وآل عمران».
[طس، حل، «الضعيفة» (4440, 5064)]

(Lemah) Daripada Ibn Mas‘ud RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Allah tidak akan mengecewakan seseorang yang bangun pada pertengahan malam dan dia memulakan pembukaan (solat dengan membaca) surah al-Baqarah dan surah al-Imran.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsath, al-Hilyah oleh Abi Nu'aim. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4440, 5064]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs