Ucapan Salaf
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حَدِيث: لَا يعذب الله بمسئلة اخْتلف فِيهَا.
Teks Bahasa Melayu
Hadis: Allah tidak akan mengazab kerana satu masalah yang diperselisihkan.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)
Status
Ucapan Salaf
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 224, hadis no. 714. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال السخاوي: أظنه من كلام بعض السلف.
Al-Sakhawi berkata: Aku menyangka ia datang daripada ucapan sebahagian Salaf.
Rujukan
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
Makluman