Allah tidak akan mengazab dengan memutuskan rezeki

TEKS BAHASA ARAB

إن الله لا يعذب بقطع الرزق.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah tidak akan mengazab dengan memutuskan rezeki.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 21, hadis nombor 56. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

لم يرد بهذا. وفي معناه الحديث عند الطبراني: "إن الرزق لا تنقصه المعصية، ولا تزيده الحسنة، وترك الدعاء معصية".
وقد يعارضه الحديث الآخر، عن ابن عباس: "إن الدعاء يرد القضاء، وإن البر يزيد في العمر، وإن العبد يحرم الرزق بذنب يصيبه". ثم قرأ رسول الله: {إنَّا بَلَوْنَاهُم كمَا بَلَوْنَا أَصْحَابَ الجَنَّةِ إذْ أَقَسَموا لَيَصْرِمُنَّها مُصْبِحين وَلا يَسْتَثْنون} [القلم: 17-18] في أخبار أخر.
قد يجاب بأن ما يقضى للعبد من أجل، ورزق، وبلاء، إن كان مبرما لا يؤثر فيه الدعاء، والطاعة، والمعصية. وإن كان معلقا على شيء من ذلك، وسبق في القضاء وجود ما علق عليه: أثر.

Tidak datang dengan lafaz ini. Namun, semakna dengannya terdapat dalam hadith riwayat al-Tabarani: "Sesungguhnya rezeki tidak akan dikurangkan oleh maksiat, tidak akan ditambahkan oleh kebaikan dan meninggalkan berdoa itu adalah satu maksiat".
Boleh jadi ia ditentang oleh hadith lain, daripada Ibn ‘Abbas: "Sesungguhnya doa itu boleh menolak qada’, serta kebaikan itu boleh menambahkan umur, dan seseorang hamba itu boleh terhalang rezeki dengan sebab dosa yang dia lakukan". Kemudian, Rasulullah SAW membaca: {Sesungguhnya Kami telah timpakan mereka dengan bala bencana, sebagaimana Kami timpakan tuan-tuan punya kebun (dari kaum yang telah lalu), ketika orang-orang itu bersumpah (bahawa) mereka akan memetik buah-buah kebun itu pada esok pagi. Serta mereka tidak menyebut pengecualian} [Al-Qalam : 17-18], di dalam khabar-khabar yang lain.
Boleh dijawab dengan bahawa apa yang diputuskan kepada seseorang hamba berupa ajal, rezeki dan bala (ujian), sekiranya ia mubram (tetap) maka doa, ketaatan dan kemaksiatan tidak akan memberikan kesan pada qada’ (keputusan) itu. Namun, sekiranya qada’ itu adalah mu’allaq (tergantung) kepada sesuatu dari perkara berkenaan, dan telah berlalu pada qada’ wujud apa yang ia bergantung padanya: Ia memberi akan memberi kesan.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs