Bukan hadis
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن الله لا يعذب بقطع الرزق.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah tidak akan mengazab dengan memutuskan rezeki.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)
Status
Bukan hadis
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 21, hadis no. 56. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Tidak datang dengan lafaz ini. Namun, semakna dengannya terdapat dalam hadith riwayat al-Tabarani: "Sesungguhnya rezeki tidak akan dikurangkan oleh maksiat, tidak akan ditambahkan oleh kebaikan dan meninggalkan berdoa itu adalah satu maksiat". Boleh jadi ia ditentang oleh hadith lain, daripada Ibn 'Abbas: "Sesungguhnya doa itu boleh menolak qada', serta kebaikan itu boleh menambahkan umur, dan seseorang hamba itu boleh terhalang rezeki dengan sebab dosa yang dia lakukan". Kemudian, Rasulullah SAW membaca: {Sesungguhnya Kami telah timpakan mereka dengan bala bencana, sebagaimana Kami timpakan tuan-tuan punya kebun (dari kaum yang telah lalu), ketika orang-orang itu bersumpah (bahawa) mereka akan memetik buah-buah kebun itu pada esok pagi. Serta mereka tidak menyebut pengecualian} [Al-Qalam : 17-18], di dalam khabar-khabar yang lain. Boleh dijawab dengan bahawa apa yang diputuskan kepada seseorang hamba berupa ajal, rezeki dan bala (ujian), sekiranya ia mubram (tetap) maka doa, ketaatan dan kemaksiatan tidak akan memberikan kesan pada qada' (keputusan) itu. Namun, sekiranya qada' itu adalah mu'allaq (tergantung) kepada sesuatu dari perkara berkenaan, dan telah berlalu pada qada' wujud apa yang ia bergantung padanya: Ia memberi akan memberi kesan.
Rujukan
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
Makluman