Allah tidak akan menerima puasa, solat, sedekah, haji, umrah, jihad, amalan, keadilan bagi ahli bidaah

TEKS BAHASA ARAB

لا يقبل الله لصاحب بدعة صوما ولا صلاة، ولا صدقة، ولا حجا ولا عمرة، ولا جهادا، ولا صرفا ولا عدلا، يخرج من الإسلام كما تخرج الشعرة من العجين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah tidak akan menerima puasa, solat, sedekah, haji, umrah, jihad, amalan, keadilan bagi ahli bidaah, dia akan keluar daripada Islam seperti keluarnya rambut daripada tepung gandum.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1241, hadis nombor 6331. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن حذيفة رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا يقبل الله لصاحب بدعة صوما ولا صلاة، ولا صدقة، ولا حجا ولا عمرة، ولا جهادا، ولا صرفا ولا عدلا، يخرج من الإسلام كما تخرج الشعرة من العجين.
[هـ، ((الضعيفة)) (1493)]

(Palsu)
Daripada Huzaifah RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Allah tidak akan menerima puasa, solat, sedekah, haji, umrah, jihad, amalan, keadilan bagi ahli bidaah, dia akan keluar daripada Islam seperti keluarnya rambut daripada tepung gandum.
[Riwayat Ibn Majah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1493]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs