Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَا يَقْبَلُ اللّهُ قَوْلًا إِلَّا بِعَمَلٍ، وَلَا عَمَلًا إِلَّا بِنِيَّةٍ، وَلَا يَقْبَلُ قَوْلًا وَعَمَلًا وَنِيَّةً إِلَّا بِمَا وَافَقَ الْكِتَابَ وَالسُّنَّةَ.
Teks Bahasa Melayu
Allah tidak akan menerima kata-kata kecuali beserta amal dan tidak akan menerima amalan kecuali beserta niat. Allah juga tidak akan menerima kata-kata, amalan dan niat kecuali yang menepati al-Kitab dan al-Sunnah.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas'ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1299 - 1300, hadis no. 6647. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada Ibn Mas'ud RA, katanya: Baginda SAW bersabda: Allah tidak akan menerima kata-kata kecuali beserta amal dan tidak akan menerima amalan kecuali beserta niat. Allah juga tidak akan menerima kata-kata, amalan dan niat kecuali yang menepati al-Kitab dan al-Sunnah. [Riwayat Ibn Hibban dalam al-Du'afa`. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6922].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman