Allah tidak akan memuliakan umat yang dipimpin oleh wanita

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لا يقدس الله أمة قادتهم امرأة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah tidak akan memuliakan umat yang dipimpin oleh wanita.

STATUS

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 852, hadis nombor 4368. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي بكرة -رضي الله عنه- قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم؛ وذكر بلقيس صاحبة (سبأ)، فقال: ((لا يقدس الله أمة قادتهم امرأة)). [طب، ((الضعيفة)) (6062)].

(Munkar)
Daripada Abu Bakrah RA berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW menyebutkan tentang Balqis ratu Saba’, dia berkata: “Allah tidak akan memuliakan umat yang dipimpin oleh wanita.”
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6062].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.