Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا ينظرُ اللَّهُ إلى قَومٍ لا يجعلونَ عَمائمَهُم تحتَ ردائِهم. يعني: في الصَّلاةِ.
Teks Bahasa Melayu
Allah tidak akan melihat kepada suatu kaum yang tidak meletakkan serban mereka di bawah pakaian atas mereka. Iaitu ketika solat.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 343, hadis no. 1801. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عباس -رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله ﷺ: «لا ينظر الله إلى قوم لا يجعلون عمائمهم تحت ردائهم. يعني: في الصلاة». [فر، «الضعيفة» (6071)]
(Munkar) Daripada Ibn ‘Abbās RA, beliau telah berkata: Rasulullah ﷺ telah bersabda: Allah tidak akan melihat kepada suatu kaum yang tidak meletakkan serban mereka di bawah pakaian atas mereka. Iaitu ketika solat. [Riwayat al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6071]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman