Allah tidak akan dikalahkan, tidak akan ditipu, dan tidak perlu diberitahu perkara yang tidak diketahui

TEKS BAHASA ARAB

إن الله عز وجل لا يغلب ولا يخلب ولا ينبأ بما لا يعلم. من يرد الله به خيراً يفقهه في الدين، ومن لم يفقهه لم يُبل به.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah ‘Azza wa jalla tidak akan dikalahkan, tidak akan ditipu, dan tidak perlu diberitahu perkara yang tidak diketahui. Sesiapa yang Allah inginkan kebaikan padanya, nescaya Allah memberinya kefahaman dalam agama dan sesiapa yang Allah tidak berikan kefahaman kepadanya, nescaya Allah tidak mempedulikannya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1296 – 1297, hadis nombor 6632. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن أبي سفيان رضي الله عنه، قال: قال صلى الله عليه وسلم: إن الله عز وجل لا يغلب ولا يخلب، ولا ينبأ بما لا يعلم. من يرد الله به خيراً يفقهه في الدين، ومن لم يفقهه لم يُبل به.
[ع, الطبراني في ((مسند الشاميين)) ((الضعيفة)) (6708)].

(Sangat lemah)
Daripada Abi Sufyan RA, katanya: Baginda SAW bersabda: Sesungguhnya Allah ‘Azza wa jalla tidak akan dikalahkan, tidak akan ditipu, dan tidak perlu diberitahu perkara yang tidak diketahui. Sesiapa yang Allah inginkan kebaikan padanya, nescaya Allah memberinya kefahaman dalam agama dan sesiapa yang Allah tidak berikan kefahaman kepadanya, nescaya Allah tidak mempedulikannya.
[Riwayat Abu Ya'la, al-Tabarani dalam Musnad al-Shamiyyin. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6708].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.