Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Allah telah wahyukan kepada dunia agar "berkhidmatlah kepada orang yang berkhidmat untuk-Ku

Teks Bahasa Arab

أوحى اللَّهُ إلى الدُّنيا : أنِ اخدِمي من خَدمَني، وأتعِبي من خدَمَكِ.

Teks Bahasa Melayu

Allah telah wahyukan kepada dunia agar "berkhidmatlah kepada orang yang berkhidmat untuk-Ku, dan letihkanlah orang yang berkhidmat untukmu".

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Mas’ud RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 590, hadis no. 3029.

(موضوع) عن عبد الله بن مسعود – رضي الله عنه – مرفوعا: ((أوحى الله إلى الدنيا: أن ‌اخدمي من خدمني، واتعبي من خدمك)). [خط، ك في ((معرفة علوم الحديث))، ((الضعيفة)) (174)].

(Palsu) Daripada Abdullah bin Mas’ud RA secara marfu’ (dinisbahkan kepada Nabi SAW): Allah telah wahyukan kepada dunia agar "berkhidmatlah kepada orang yang berkhidmat untuk-Ku, dan letihkanlah orang yang berkhidmat untukmu". [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad dan Riwayat al-Hakim dalam Maarifah Ulum al-Hadith. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 174].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.