Allah telah mewahyukan kepada satu malaikat dalam kalangan para malaikat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أوحى الله إلى ملك من الملائكة أن اقلب مدينة كذا وكذا على أهلها، قال: فقال: يا رب إن فيها عبدا لم يعصك طرفة عين، قال: اقلبها عليه وعليهم، فإن وجهه لم يتمعر في ساعة قط.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah telah mewahyukan kepada satu malaikat dalam kalangan para malaikat: Hendaklah engkau terbalikkan bandar sekian sekian ke atas penduduknya. Baginda bersabda: Maka dia berkata: Wahai Tuhan! Sesungguhnya di dalamnya ada seorang hamba yang tidak pernah menderhakai Engkau walau sekelip mata. Dia berkata: Terbalikkanlah ia ke atasnya dan ke atas mereka. Kerana benar-benar wajahnya tidak pernah berubah marah kerana-Ku walau sesaat pun.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1983, hadis nombor 9923. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن جابر بن عبد الله -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((أوحى الله إلى ملك من الملائكة أن اقلب مدينة كذا وكذا على أهلها، قال: فقال: يا رب إن فيها عبدا لم يعصك طرفة عين، قال: اقلبها عليه وعليهم، فإن وجهه لم يتمعر في ساعة قط)).
[ابن الأعرابي، ((الضعيفة)) (1904)]

(Sangat Lemah) Daripada Jābir bin ‘Abdillah RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Allah telah mewahyukan kepada satu malaikat dalam kalangan para malaikat: Hendaklah engkau terbalikkan bandar sekian sekian ke atas penduduknya. Baginda bersabda: Maka dia berkata: Wahai Tuhan! Sesungguhnya di dalamnya ada seorang hamba yang tidak pernah menderhakai Engkau walau sekelip mata. Dia berkata: Terbalikkanlah ia ke atasnya dan ke atas mereka. Kerana benar-benar wajahnya tidak pernah berubah marah kerana-Ku walau sesaat pun.
[Riwayat Ibn al-A‘rābī dalam al-Mu‘jam. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1904]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.