Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَوحى اللهُ إلى مَلَكٍ مِنَ المَلائكةِ أنِ اقلِبْ مَدينةَ كَذا وَكذا عَلى أَهلِها، قال: فَقال: يا ربِّ إنَّ فيها عبدًا لم يَعصِكَ طرْفةَ عَينٍ، قال: اقلِبْها عَليهِ وَعَليهِم، فإنَّ وَجهَه لَم يَتمعَّرْ فِيَّ ساعةً قطُّ.
Teks Bahasa Melayu
Allah telah mewahyukan kepada satu malaikat dalam kalangan para malaikat: Hendaklah engkau terbalikkan bandar sekian sekian ke atas penduduknya. Baginda bersabda: Maka dia berkata: Wahai Tuhan! Sesungguhnya di dalamnya ada seorang hamba yang tidak pernah menderhakai Engkau walau sekelip mata. Dia berkata: Terbalikkanlah ia ke atasnya dan ke atas mereka. Kerana benar-benar wajahnya tidak pernah berubah marah kerana-Ku walau sesaat pun.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1983, hadis no. 9923. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن جابر بن عبد الله -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((أوحى الله إلى ملك من الملائكة أن اقلب مدينة كذا وكذا على أهلها، قال: فقال: يا رب إن فيها عبدا لم يعصك طرفة عين، قال: اقلبها عليه وعليهم، فإن وجهه لم يتمعر في ساعة قط)). [ابن الأعرابي، ((الضعيفة)) (1904)]
(Sangat Lemah) Daripada Jābir bin ‘Abdillah RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Allah telah mewahyukan kepada satu malaikat dalam kalangan para malaikat: Hendaklah engkau terbalikkan bandar sekian sekian ke atas penduduknya. Baginda bersabda: Maka dia berkata: Wahai Tuhan! Sesungguhnya di dalamnya ada seorang hamba yang tidak pernah menderhakai Engkau walau sekelip mata. Dia berkata: Terbalikkanlah ia ke atasnya dan ke atas mereka. Kerana benar-benar wajahnya tidak pernah berubah marah kerana-Ku walau sesaat pun. [Riwayat Ibn al-A‘rābī dalam al-Mu‘jam. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1904]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman