Allah telah mewahyukan kepada Jibril dan Mikail

TEKS BAHASA ARAB

أوحى الله – عز وجل – ليلة المبيت على الفراش – إلى جبرائیل ومیکائیل: إني آخيت بينكما، وجعلت عمر أحدكما أطول من عمر الآخر، فأيكما يؤثر صاحبه بالحياة؟! فاختار كلاهما الحياة. فأوحى الله إليها: ألا كنتما مثل علي ابن أبي طالب! آخيت بينه وبين محمد ﷺ، فبات على فراشه ليفديه بنفسه ويؤثره بالحياة!! اهبطا إلى الأرض فاخفظاه من عدوه․ فتزلا، فكان جبريل عند رأسه، و میکائیل عند رجليه، وجبرائيل ينادي: بخ بخ! من مثلك يا ابن أبي طالب يباهي الله بك الملائكة! وأنزل الله – تعالى – في ذلك: ((ومن الناس من یشری نفسه ابتغاء مرضات الله)).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah telah mewahyukan kepada Jibril dan Mikail, (ketika Ali) bermalam di atas katil (Nabi malam hijrah ke Madinah): “Aku telah menjadikan kamu berdua bersaudara, dan memberikan umur yang panjang kepada salah satu daripada kamu melebihi satu yang lain, maka siapakah diantara kamu berdua yang (sanggup) melebihkan saudaranya dengan nyawa?” Maka kedua-dua mereka memilih nyawa (sendiri). Kemudian Allah mewahyukan kepada kedua-dua mereka: “Mengapa tidak kamu berdua seperti ‘Ali bin Abi Talib? Aku menjadikan dia (‘Ali) dan Muhammad SAW sebagai saudara. Kemudian dia (‘Ali) bermalam di atas katil Muhammad untuk mengorbankan dirinya dan melebihkan nyawanya untuk saudaranya! Turunlah kamu berdua ke dunia dan pelihara ‘Ali daripada musuhnya." Kemudian, turunlah mereka ke dunia, dan Jibril berada di atas kepala ‘Ali, dan Mikail berada di bahagian kedua-dua kaki ‘Ali. Kemudian Jibril menyeru: “Bakh Bakh (panggilan ketika teruja)! Siapakah insan seperti kamu wahai ‘Ali bin Abi Talib? Allah bangga terhadap kamu dihadapan malaikat!” Dan Allah menurunkan ayat rentetan daripada peristiwa tersebut: “Dan diantara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata.”

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1864, hadis nombor 9407. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) «أوحى الله – عز وجل – ليلة المبيت على الفراش – إلى جبرائیل ومیکائیل: إني آخيت بينكما، وجعلت عمر أحدكما أطول من عمر الآخر، فأيكما يؤثر صاحبه بالحياة؟! فاختار كلاهما الحياة. فأوحى الله إليها: ألا كنتما مثل علي ابن أبي طالب! آخيت بينه وبين محمد ﷺ، فبات على فراشه ليفديه بنفسه ويؤثره بالحياة!! اهبطا إلى الأرض فاخفظاه من عدوه․ فتزلا، فكان جبريل عند رأسه، و میکائیل عند رجليه، وجبرائيل ينادي: بخ بخ! من مثلك يا ابن أبي طالب يباهي الله بك الملائكة! وأنزل الله – تعالى – في ذلك: ((ومن الناس من یشری نفسه ابتغاء مرضات الله))». [«الضعيفة» (٤٩٤٦)].

(Palsu) Allah telah mewahyukan kepada Jibril dan Mikail, (ketika Ali) bermalam di atas katil (Nabi malam hijrah ke Madinah): “Aku telah menjadikan kamu berdua bersaudara, dan memberikan umur yang panjang kepada salah satu daripada kamu melebihi satu yang lain, maka siapakah diantara kamu berdua yang (sanggup) melebihkan saudaranya dengan nyawa?” Maka kedua-dua mereka memilih nyawa (sendiri). Kemudian Allah mewahyukan kepada kedua-dua mereka: “Mengapa tidak kamu berdua seperti ‘Ali bin Abi Talib? Aku menjadikan dia (‘Ali) dan Muhammad SAW sebagai saudara. Kemudian dia (‘Ali) bermalam di atas katil Muhammad untuk mengorbankan dirinya dan melebihkan nyawanya untuk saudaranya! Turunlah kamu berdua ke dunia dan pelihara ‘Ali daripada musuhnya." Kemudian, turunlah mereka ke dunia, dan Jibril berada di atas kepala ‘Ali, dan Mikail berada di bahagian kedua-dua kaki ‘Ali. Kemudian Jibril menyeru: “Bakh Bakh (panggilan ketika teruja)! Siapakah insan seperti kamu wahai ‘Ali bin Abi Talib? Allah bangga terhadap kamu dihadapan malaikat!” Dan Allah menurunkan ayat rentetan daripada peristiwa tersebut: “Dan diantara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata.” [Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4946]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs