Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أوحى اللهُ عز وجل - ليلةَ المبيتِ على الفراشِ - إلى جبرائيلَ وميكائيلَ : إني آخيت بينكما ، وجعلت عمرَ أحدِكما أطولَ من عمرِ الآخرِ ، فأيكما يؤثرُ صاحبَه بالحياةِ ؟ ! فاختار كلاهما الحياةَ . فأوحى اللهُ إليهما : ألا كنتما مثلَ عليِّ بنِ أبي طالبٍ ! آخيتُ بينه وبين محمدٍ صلى اللهُ عليهِ وسلَّمَ ، فبات على فراشِه ليفديَه بنفسِه ويؤثرُه بالحياةِ ! ! اهبطا إلى الأرضِ فاحفظاه من عدوِّه . فنزلا ، فكان جبريلُ عند رأسِه ، وميكائيلُ عند رجليه ، وجبرائيلُ ينادي : بخٍ بخٍ ! من مثلِك يا ابنَ أبي طالبٍ ؟ ! يباهي اللهُ بك الملائكةَ ! وأنزل اللهُ تعالى في ذلك : { وَمِنَ النَّاسِ مَن يَشْرِي نَفْسَهُ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّهِ} .
Teks Bahasa Melayu
Allah telah mewahyukan kepada Jibril dan Mikail, (ketika Ali) bermalam di atas katil (Nabi malam hijrah ke Madinah): “Aku telah menjadikan kamu berdua bersaudara, dan memberikan umur yang panjang kepada salah satu daripada kamu melebihi satu yang lain, maka siapakah diantara kamu berdua yang (sanggup) melebihkan saudaranya dengan nyawa?” Maka kedua-dua mereka memilih nyawa (sendiri). Kemudian Allah mewahyukan kepada kedua-dua mereka: “Mengapa tidak kamu berdua seperti ‘Ali bin Abi Talib? Aku menjadikan dia (‘Ali) dan Muhammad SAW sebagai saudara. Kemudian dia (‘Ali) bermalam di atas katil Muhammad untuk mengorbankan dirinya dan melebihkan nyawanya untuk saudaranya! Turunlah kamu berdua ke dunia dan pelihara ‘Ali daripada musuhnya." Kemudian, turunlah mereka ke dunia, dan Jibril berada di atas kepala ‘Ali, dan Mikail berada di bahagian kedua-dua kaki ‘Ali. Kemudian Jibril menyeru: “Bakh Bakh (panggilan ketika teruja)! Siapakah insan seperti kamu wahai ‘Ali bin Abi Talib? Allah bangga terhadap kamu dihadapan malaikat!” Dan Allah menurunkan ayat rentetan daripada peristiwa tersebut: “Dan diantara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata.''
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1864, hadis no. 9407. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) «أوحى الله - عز وجل - ليلة المبيت على الفراش - إلى جبرائیل ومیکائیل: إني آخيت بينكما، وجعلت عمر أحدكما أطول من عمر الآخر، فأيكما يؤثر صاحبه بالحياة؟! فاختار كلاهما الحياة. فأوحى الله إليها: ألا كنتما مثل علي ابن أبي طالب! آخيت بينه وبين محمد ﷺ، فبات على فراشه ليفديه بنفسه ويؤثره بالحياة!! اهبطا إلى الأرض فاخفظاه من عدوه․ فتزلا، فكان جبريل عند رأسه، و میکائیل عند رجليه، وجبرائيل ينادي: بخ بخ! من مثلك يا ابن أبي طالب يباهي الله بك الملائكة! وأنزل الله - تعالى - في ذلك: ((ومن الناس من یشری نفسه ابتغاء مرضات الله))». [«الضعيفة» (٤٩٤٦)].
(Palsu) Allah telah mewahyukan kepada Jibril dan Mikail, (ketika Ali) bermalam di atas katil (Nabi malam hijrah ke Madinah): “Aku telah menjadikan kamu berdua bersaudara, dan memberikan umur yang panjang kepada salah satu daripada kamu melebihi satu yang lain, maka siapakah diantara kamu berdua yang (sanggup) melebihkan saudaranya dengan nyawa?” Maka kedua-dua mereka memilih nyawa (sendiri). Kemudian Allah mewahyukan kepada kedua-dua mereka: “Mengapa tidak kamu berdua seperti ‘Ali bin Abi Talib? Aku menjadikan dia (‘Ali) dan Muhammad SAW sebagai saudara. Kemudian dia (‘Ali) bermalam di atas katil Muhammad untuk mengorbankan dirinya dan melebihkan nyawanya untuk saudaranya! Turunlah kamu berdua ke dunia dan pelihara ‘Ali daripada musuhnya." Kemudian, turunlah mereka ke dunia, dan Jibril berada di atas kepala ‘Ali, dan Mikail berada di bahagian kedua-dua kaki ‘Ali. Kemudian Jibril menyeru: “Bakh Bakh (panggilan ketika teruja)! Siapakah insan seperti kamu wahai ‘Ali bin Abi Talib? Allah bangga terhadap kamu dihadapan malaikat!” Dan Allah menurunkan ayat rentetan daripada peristiwa tersebut: “Dan diantara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata.'' [Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4946]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman